Monday, February 2, 2009

FAMILY DAY



























Sempena cuti Tahun Baru Cina yang lepas,kami satu family mengikuti program famili day yang telah dirancang oleh keluarga belah suamiku. Kami sekeluarga bertolak jam 10.00 pagi terus ke Tanjung Balau Nelayan Resort yang terletak di Desaru, Kota Tinggi.

Sepanjang berada di Tanjung Balau, banyak aktiviti yang kami ikuti. Hari Pertama sampai sahaja telah diadakan sukan rakyat. Kami mengadakan tarian poco-poco. Kairunisa yang kami kami panggil dengan gelaran "Along " mengetuai tarian ini. Sebelah malam pula selepas menghadiri makan malam kami berborak sambil menyanyi di karaoke yang berdekatan sehingga jam 11.00 malam. Memandangkan waktu masil awak lagi kami meneruskan acara bersantai dan berborak sambil bermaik kad, tak sedar masa berlalu rupa-rupanya jam telahpun menunjukkan angka 3.00 pagi. Masing-masing sudah tak larat menahan mata lalu semuanya balik ke chalet masing-masing.

No comments:

Post a Comment