Wednesday, February 25, 2009

MAJLIS BERZANJI

Gambar atas/bawah : Majlis berzanji sedang berlangsung

Kehadiran saudara mara menyemarakkan lagi suasana. Masa nie lah saudara mara nak berjumpa. Masing-masing membawa ahli keluarga untuk sama-sama meraikan hari bersejarah bagi Udin sekeluarga. Maklumlah anak bungsu....... Lepas nie tak tau lagi bila nak adakan majlis sebesar ini. Kami memang akur dengan semuanya... Amin.

Seawal jam. 8.00 malam kelihatan ramai jiran tetangga sudah datang untuk "rewang" iaitu bahasa jawa yang yang begitu senonim dengan masyarakat kampung. Malam itu tiada acara berinai memandangkan kami dari pihak pengantin lelaki. Maka, bagi memeriahkan majlis kumpulan "berzanji" telah mengisi kekosongan acara malam itu. Kedenganran lagu-lagu berzanji yang menjadi alunan sehingga jam 11. malam. Rasanya sudah lama tidak mendengar alunan suara yang melagukan ayat-ayat suci ini.

No comments:

Post a Comment