Saturday, January 3, 2009

KUALA LUMPUR & KLANG, SELANGOR











Setibanya di Kuala Lumpur kami mengambil keputusan untuk mencari kedai dobi untuk mencuci segala pakaian kotor yang berlambak. Maklumlah dah seminggu perjalanan. Setelah selesai kami terus menuju ke rumah 'Kak Long Fatimah' di Kelang. Kami hanya mengambil sedikit masa hanya untuk menunaikan solat zuhur dan destinasi kami seterusnya ke KLCC. Setibanya di KLCC kami dapati agak meriah suasananya memandangkan persiapan sambutan krismas sedang galak dilakukan di sini. Kami menginap di rumah Kak Long Fatimah sahaja. Keesokkan harinya kami pergi ke KL semula. Destinasi kami yang seterusnya adalah ke Aquaria. Memang kami bercadang sedari awal untuk membawa anak-anak ke sini. Apa lagi!!! meriahlah diorang semua!!!. . Sebelum balik kami sempat singgah untuk membeli souvenir yang turut dijual di situ.








Hari terakhir di Kelang, kami satu family berkesempatan untuk turut meraikan majlik perkahwinan Nana yang merupakan anak Kak Long Fatimah yang ketiga. Walaupun majlis tersebut sederhana namun kemeriahan dapat dirasai. Sungguh enak masakan yang dihidangkan. Tengahari itu kami kenyang dengan hidangan yang ada. Setelah selesai majlis persandingan kami terus meminta izin tuan rumah untuk pulang terlebih dahulu dan perjalanan diteruskan ke Johor Bahru. Baru terdengar suara Danish dan Darwish berkata 'papa... jom la kita balik rumah kita' menandakan mereka pun sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah sendiri. Alhamdulillah... akhirnya kami selamat tiba di Taman Pulai Indah, JB kira-kira jam 7.00 malam. Malam itu kami tidur dengan lena sekali dan percutian kali ini meninggalkan kenangan manis pada kami semua.

CAMERON HIGHLANDS, PAHANG.
























Perjalanan dari Tasik Kenyir, Terengganu kami teruskan ke Cameron Highlands. Kami bertolak jam 10.00 pagi. Sepanjang perjalanan kami berpeluang untuk singgah di Ladang Teh BOH, ladang strawberi yang juga merupakan buah favorite Irfan. Sempat juga kami merasai suasana memetik buah strawberi, melihat tempat pengeluaran madu lebah selain ladang teh yang amat luas saujana mata memandang. Memandangkan perjalanan dari tanah tinggi Cameron Highlands yang berliku-liku membuatkan anak kami Irfan dan Danish pusing kepala. Disebabkana itu kami terpaksa berhenti seketika untuk meredakan keadaan. Perjalanan diteruskan ke Kuala Lumpur. Kami tiba di Kuala Lumpur lebih kurang pukul 1.30 petang.

TASIK KENYIR, TERENGGANU



Gambar atas : Dareen turut berposing sebelum kami berangkat meninggalkan Tasik Kenyir


Gambar atas : Kenangan kami semasa di Tasik Kenyir sebelum meneruskan perjalanan yang selanjutnya



Gambar atas : Sedang mendakap Qistina
Gambar bawah : Pemandangan yang amat indah semasa di Tasik Kenyir







Gambar Atas : Pemandangan dari Chalet penginapan di Pulau yang terdapat di sekitar Tasik Kenyir


Gambar atas : Keindahan ciptaan Allah s.w.t

2 hari di Kuala Terengganu kami meneruskan perjalanan kami ke Cameron Highland. Agak jauh juga perjalanan kali ini. Dek kerana tidak mahu tersalah jalan maka, kami sempat bertanya kepada penduduk tempatan di Terengganu jalan yang paling dekat untuk ke Cameron Highlands. Laluan tersebut agak sunyi kerana kami perlu melalui jalan dalam. Oleh kerana kepenatan kami mengambil keputusan untuk singgah ke Tasik Kenyir. Jika sebelum ini kami memang bercadang ke Tasik Kenyir namun tidak pasti waktunya lagi, maka kami mengambil keputusan untuk tidak melepaskan peluang yang ada kerana laluan pintas yang kami lalui memang akan menemui Tasik Kenyir dahulu. So kami apa lagi terus ambil keputusan untuk singgah di Tasik Kenyir. Kami hanya tiba di Tasik Kenyir pada jam 6.30 petang. Puas mencari tempat untuk bermalam, akhirnya kami memilih untu menginap di Pulau sahaja. Dengan hati yang agak berdebar kami menempah bot untuk ke Pulau yang dituju itu. Bayangan jika orang lain biasanya menaiki bot dengan teman2 tetapi kami, bersama dengan 5 orang anak-anak kami yang masih kecil (umur diantara 1-5 tahun) selain pembantu rumah kami. Cuaca waktu itu agak suram menambahkan lagi debaran kami. Setelah selamat menaiki bot ke Pulau kami amat bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T di atas kuasanya menghindar kami dari sesuatu yang tidak diiingini. Bermalam di Tasik kenyir tidak banyak aktiviti yang kami boleh lakukan selain berjalan disekitar kawasan tempat kami menginap selain kekurangan masa untuk menijau kawasan dengan lebih lanjut. Kami malam itu selepas solat Isyak terus kami tidur awal memandangkan esok perlu bangun awal untuk meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang seterusnya.

Friday, January 2, 2009

KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

Gambar atas : Bersama Dareen di hadapan Masjid Kristal
Gambar bawah : Papa turut merakamkan kenangan di Masjid Kristal

Gambar atas : Pemandangan Masjid Kristal dari arah sisi
Gambar atas : Kami satu family sempat merakamkan kenangan di hadapan Masjid Terapung, di Kuala Terengganu.

Gambar atas : Irfan, Darwish, Danish dan Dareen sempat memberikan 'post' semasa lawatan di Muzium Negeri.


Gambar atas : Kampung Cina yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu.

Sepanjang berada di Kuala Terengganu kami sempat melawat beberapa tempat menarik antaranya Pasar Payang, Muzium Negeri, Masjid Terapung, Masjid Kristal dan kawasan perusahaan di daerah Losong yang terkenal dengan 'keropok lekor'. Kami sempat juga singgah di makan yang menyediakan 'keropok lekor goreng'. Sedapnya!!!! begitulah gelagat Danish, sikembar kami yang menggelarkan dirinya sebagai 'adik' walaupun dia sendirinya mempunyai dua orang adik lagi.
Lawatan kami di Pasar Payang sungguh menyeronokkan. Banyak pilihan makanan di pasar basah dan paling best!!! dapat survey batik Terengganu. Setelah puas menawar harga akhirnya 5 pasang batik sempat dibeli. Tup-tup tak sedar rupa-rupanya jam telah menunjukkan pukul 5.30 petang. Alamak!! lupa nak survey makanan yang kami suka. Tanpa berlenggah kami pun terus ke tingkat bawah pasar untuk membeli keropok dan serunding daging selain buah asam jawa. Akhirnya kami balik ke hotel tepat jam 6.30 petang dengan menaiki beca.