Thursday, March 1, 2012

BAGAIMANA NAK KIRA TAHUN LOMPAT

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Wah formal nampak.... HEHEHE. belum terlewat rasa nyer nk share info BERKAITAN TAHUN LOMPAT.... Ingat bukan nyer terlompat2 macam beruk mak yeh.. Eh bagi laluan ckit. past nie kena shhare plak kot mcmana boleh dipanggil mak yeh....

Apa yang membuatkan tahun 2012 lain sedikit salah 1nyer adalah tahun nie merupakan tahun lompat. Salah seorang kakak kesayanganku juga dapat lah sambut besdaynya tahun nie... kesian dia. 4 tahun sekali baru dapat sambut. 2 yang awet muda. Apa tak nyer orang sambut besday tambah umur lagi. Dia tak tambah2 tapi sekali tambah plus 4 trus...kalau lah aku yang kena sambut besday dalam tahun lompat nie mesti wat pesta besar-besaran. bOLEH GITU?.....

Ok back 2 the topic....sebenarya aku sendiri dah lupa dan dari tinjauan yang telah dibuat... maka tahu lah aku bahawa bagi pengiraan tahun lompat,  tahun itu mestilah boleh dibahagi dengan angka 4. Senang nor... kan..Dalam perubahan yang diperkenalkan melalui takwim Gregorian, sesuatu tahun lompat itu hanya dikira jika sama ada boleh dibahagi dengan 400.

Oleh itu, setiap tahun yang boleh dibahagi dengan 4 ialah tahun lompat melainkan jika boleh dibahagi dengan 100 dan tidak dengan 400.

Ini menjadikan tahun-tahun 1600 dan 2000 sebagai tahun lompat tetapi tidak demikian bagi tahun-tahun 1700, 1800, 1900 dan 2100.

Hari pertama tahun baru ditetapkan pada 1 Januari setiap tahun.

Hari bagi tahun lompat ditetapkan pada 29 Februari.

Penggunaan takwim berkenaantersebar serta-merta ke negara Roman Katolik seperti Sepanyol, Itali, Portugal, Poland, Perancis dan Luxembourg dan secara berperingkat digunakan di negara seperti Jerman, Belgium, Switzerland, Belanda dan Hungary.

Britain hanya menggunakan takwim ini dalam tahun 1752 dengan perubahan pada tarikh dilakukan pada Khamis 14 September 1752 (tarikh ini ditukarkan daripada 2 September 1752). Koloni British di seluruh dunia, termasuk Tanah Melayu, sekarang tentulah Malaysia tanah airku...turut melakukan perubahan itu.

Ok se u tomorrow dengan post yang lebih menarik...Sharing is caring......



No comments:

Post a Comment