Saturday, January 3, 2009

KUALA LUMPUR & KLANG, SELANGOR











Setibanya di Kuala Lumpur kami mengambil keputusan untuk mencari kedai dobi untuk mencuci segala pakaian kotor yang berlambak. Maklumlah dah seminggu perjalanan. Setelah selesai kami terus menuju ke rumah 'Kak Long Fatimah' di Kelang. Kami hanya mengambil sedikit masa hanya untuk menunaikan solat zuhur dan destinasi kami seterusnya ke KLCC. Setibanya di KLCC kami dapati agak meriah suasananya memandangkan persiapan sambutan krismas sedang galak dilakukan di sini. Kami menginap di rumah Kak Long Fatimah sahaja. Keesokkan harinya kami pergi ke KL semula. Destinasi kami yang seterusnya adalah ke Aquaria. Memang kami bercadang sedari awal untuk membawa anak-anak ke sini. Apa lagi!!! meriahlah diorang semua!!!. . Sebelum balik kami sempat singgah untuk membeli souvenir yang turut dijual di situ.








Hari terakhir di Kelang, kami satu family berkesempatan untuk turut meraikan majlik perkahwinan Nana yang merupakan anak Kak Long Fatimah yang ketiga. Walaupun majlis tersebut sederhana namun kemeriahan dapat dirasai. Sungguh enak masakan yang dihidangkan. Tengahari itu kami kenyang dengan hidangan yang ada. Setelah selesai majlis persandingan kami terus meminta izin tuan rumah untuk pulang terlebih dahulu dan perjalanan diteruskan ke Johor Bahru. Baru terdengar suara Danish dan Darwish berkata 'papa... jom la kita balik rumah kita' menandakan mereka pun sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah sendiri. Alhamdulillah... akhirnya kami selamat tiba di Taman Pulai Indah, JB kira-kira jam 7.00 malam. Malam itu kami tidur dengan lena sekali dan percutian kali ini meninggalkan kenangan manis pada kami semua.

No comments:

Post a Comment