Wednesday, February 25, 2009

MAJLIS PERSANDINGAN UDIN







Seawal jam 6.00 pagi kami semua sudahpun bangkit dari tidur yang tak berapa lenanya. Maklumlah..... ramai orang, kami perlu berkongsi kawasan tempat tinggal sesasa ahli keluarha yang lain. Apa pun tetap seronok!!!!!. Bukan selalu dapat tidur bersepah begini.
Seawal jam 9.00 kami (dari kalangan keluarga rapat) sudah mula mengembangkan tangan masing-masing untuk membantu menyediakan "lauk pengantin" bagi acara "makan beradap raja sehari". Aku hanya dapat membantu menyediakan "lauk pengantin" sehingga jam 10.00 agi sahaja. Selepas itu aku dan "kakak" (panggilan bagi anak saudara) perlu membantu kerja-kerja di bahagian hadapan pula. "Orang kuat" la katakan....... heh...heh... heee.....

MAJLIS BERZANJI

Gambar atas/bawah : Majlis berzanji sedang berlangsung

Kehadiran saudara mara menyemarakkan lagi suasana. Masa nie lah saudara mara nak berjumpa. Masing-masing membawa ahli keluarga untuk sama-sama meraikan hari bersejarah bagi Udin sekeluarga. Maklumlah anak bungsu....... Lepas nie tak tau lagi bila nak adakan majlis sebesar ini. Kami memang akur dengan semuanya... Amin.

Seawal jam. 8.00 malam kelihatan ramai jiran tetangga sudah datang untuk "rewang" iaitu bahasa jawa yang yang begitu senonim dengan masyarakat kampung. Malam itu tiada acara berinai memandangkan kami dari pihak pengantin lelaki. Maka, bagi memeriahkan majlis kumpulan "berzanji" telah mengisi kekosongan acara malam itu. Kedenganran lagu-lagu berzanji yang menjadi alunan sehingga jam 11. malam. Rasanya sudah lama tidak mendengar alunan suara yang melagukan ayat-ayat suci ini.

WEDDING UDIN



Gambar atas : Bersama suami



Gambar atas : Bersama "kakak" sebelum bertolak ke majlis "Akad Nikah" Udin

Gambar bawah : Majlis "akad Nikah " sedang berlangsung di Masjid Felda Karatong".



Beberapa hari yang lalu kami baru sahaja menghadiri majlis pernikahan anak saudara yang tinggal di Segamat. Seronok sangat!!!!!!. Walaupun sehari sebelum kami bertolah ke Segamat kenderaan kami masih berada di bengkel. ROSAK BEB!!!. Kereta "Abang IS" yang menjadi sasaran kami. Hai lega rasanya , dapat juga pergi ke Segamat.

ESQ TRAINING PROGRAM




Bagi mengambil mood untuk menulis blog hari ini aku ingin mengenang kembali ketika menghadiri kursus ESQ 165 yang lepas. Kursus tersebut meninggalkan kesan yang begitu mendalam di sanubariku. Fasilitator yang kami " Pak Andi"begitu pandai mengambil hati ketika memberikan ceramahnya sepanjang 3 hari kursus dijalankan.




" Demi matahari, dan cahayanya di pagi hari,
Demi bulan bila ia mengiringi (matahari),
Demi siang bila ia menampakkan (matahari),
Demi malam bila ia menutupinya,
Demi langit yang dibina padanya,
Demi bumi dan yang dibentangkan atasnya,
Demi sukma dan penyempurnaannya,
(Allah) mengilhami (sukma) kejahatan dan kebaikan,
sungguh, bahagialah siapa yang menyucikannya,
Dan sungguh rugilah siapa yang mencemarkannya,"



QS Asy-Syams (Matahari) 91:1-5

Monday, February 2, 2009

FAMILY DAY



























Sempena cuti Tahun Baru Cina yang lepas,kami satu family mengikuti program famili day yang telah dirancang oleh keluarga belah suamiku. Kami sekeluarga bertolak jam 10.00 pagi terus ke Tanjung Balau Nelayan Resort yang terletak di Desaru, Kota Tinggi.

Sepanjang berada di Tanjung Balau, banyak aktiviti yang kami ikuti. Hari Pertama sampai sahaja telah diadakan sukan rakyat. Kami mengadakan tarian poco-poco. Kairunisa yang kami kami panggil dengan gelaran "Along " mengetuai tarian ini. Sebelah malam pula selepas menghadiri makan malam kami berborak sambil menyanyi di karaoke yang berdekatan sehingga jam 11.00 malam. Memandangkan waktu masil awak lagi kami meneruskan acara bersantai dan berborak sambil bermaik kad, tak sedar masa berlalu rupa-rupanya jam telahpun menunjukkan angka 3.00 pagi. Masing-masing sudah tak larat menahan mata lalu semuanya balik ke chalet masing-masing.