Wednesday, February 29, 2012

SIAPA MALAIKAT ITU........

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

  • Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
  • Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

  • Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

  • Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

  • Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
  • Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Ya, Allah berikan lah aku banyak kesabaran dalam mendidik anak-anakku......
Sharing is Caring

Sekian, semoga dapat sikit sebanyak manfaat daripada coretan ini lama dah dapat & maaf kalau terlupa kena ayat yang biasa spt "kredit diberikan sepatutnya kepada  .......... (Maaf terlupa rekod plak)

Monday, February 27, 2012

KASIH SEORANG MAMA

Hari Isnin. Masing-masing dengan mood  yang berbeza2 dalam suasana yang berbagai situasi. Bagi diriku sendiri semangat perlu disemat semenjak petang Ahad lagi. Bukan apa takut semangat pergi ke office hilang bersama dengan lelah yang tak berkesudahan selagi hayat dikandung badan. Aku redha dengan semua ini, apa yang penting semua ini merupakan tanggungjawab yang wajib ditunaikan.

Sekiranya dulu tanggungjawab ini ibubapa kita yang melaksanakan tanggungjawabnya dengan amanah sehingga ke akhir hayat (ayahku telah meninggal dunia 2 tahun yang lepas) kini giliranku pula cuba menunaikan amanah Allah ini pula.

Leka dengan tugasan pejabat tak sedar jam 5.30 telah tiba. Aku cuba bergegas pulang ke rumah seperti biasa cuma, SEMANGAT datang tiba-tiba. Sepanjag perjalanan pulang ke rumah yang mengambil masa lebih kurang 35 minit terdetik dalam fikiranku apa 'RESEPI' untuk keluarga pada hari ini.



RESEPI MAKAN MALAM " NASI AYAM "



Beras (aku guna 4 cawan - beras wangi lagenda)
Ayam 1/2 ekor (1/2 airnya aku guna utk masak nasi & 1/2 lagi wat kuah sup)
Timun 1 biji
Tomato size besar 2 biji
Daun saderi - utk sup
Daun Salad -
Mentega - utk tumis
Bawang Putih
Bawang Merah
Bunga Lawang

Masa menghidang aku sempat menghias dengan penuh SEMANGAT.

Hasilnya : Hidangan nasi ayam ku hari ini licin selicin-licinnya..... THANK YOU MAMA.........
YOU RE WELCOME.............

Sayang gambar nasi ayamku  tak sempat  diambil coz semua dah excited nak makan..... tapi ilustrasi ini aku dapatkan daripada carian image Yahoo.
Kredit kepada ''anazra.blogspot.com'


http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=5107_19_1_72

Thursday, February 23, 2012

ADUH LETIH NYER

Mengapa dan apa yang terjadi nih.. Dah penah tak upload lagi. pening nih

BERSERAH KEPADA ALLAH..

Setiap yang bermula pasti ada akhir nya..

Namun dari apa yang berlaku yang dapat aku "share' dan pengajaran yang dapat dibuat adalah "Sekiranya Setiap sesuatu permulaan itu sekiranya ianya baik dan berjalan dengan baik/lancar pasti di akhirnya nanti atau penamatnya nanti juga Insyaallah akan baik juga. begitulah sebaliknya".

Anda boleh fikir-fikirkan kebenarannya perkara ini. Mungkin ada pengalaman manis yang pernah berlaku...atau sebaliknya juga. M

ungkin pengalaman pertama kali semasa anda di'interview ' misal nyer... cer ingatt... Selalunya la... kebiasaan ya la... boleh chek pada diri sendiri dulu. betoi ke tidak...

Monday, February 20, 2012

STATUS Glitterati

Glitterati..... BUKANNYER Geligeleman tau..... Good news..... 4me. Akhirnya... status nih aku dapat.. Satu permulaan yang baik....

Sunday, February 19, 2012

SALAM 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Buat semua pengunjung kesayanganku....Salam ke udara kembali.....

Saat aku memulakan tulisan pada kali ini telah 51 hari telah berlalu pada tahun 2012. Ya Allah syukur Ahhamdulillah aku masih bernafas lagi sambil dikelilingi orang-orang yang tersayang.Semua nyer berjalan dengan lancar walaupun ada kalanya aku tersesak nafas dek karenah anak-anak tersayang yang makin membersar......


Aku memerlukan semangat waja dlm ber''bloging'' nih. Walaupun hampir 6 bulan menyepikan diri aku bukannyer membutakan mata sebaliknya mencari kekuatan diri dan idea-idea yang lebih baik.

Hah!!! the laters aku baru 2 hari membeli note book terbaru. Memang dah lama nak beli tapi tak de masa utk buat servey. So pada PC Fair 17-19 Februari nih akupun rebut dan intai peluang cari note book yang sesuai. Pening gak...... mana satu nak beli. Ikut keutamaan so aku pilih notebook.

Alhamdulillah moga pilihan ini yang terbaik buatku Amin....