Wednesday, December 31, 2008

JOHOR BAHRU ==> SEGAMAT (JOHOR) ==> TERENGGANU


Sempena School holiday yang hampir tamat aku dan husband sempat juga berjalan ke beberapa destinasi. Kami pada dasarnya hanya bercadang untuk KL namun memandangkan program kami tidak terikat disebabkan percutian sendiri maka perjalanan daripada Segamat, Johor telah diteruskan ke kuantan. Perjalanan kami diteruskan ekoran cuaca yang amat memberangsangkan. Sepanjang perjalanan kami sempat singgah dibeberapa tempat bagi mengisi perut kami satu family. Fuh!!! Sedapnya lemang yang dimakan dengan serunding daging. Sempat juga kami merasa lazatnya ' sata ' makanan tradiri masyarakat di Pantai Timur yang berasaskan ikan.

Setibanya kami di Terengganu pada 21 Disember 2008 kira-kira jam 6.00 petang, tiada tempat lain yang dituju melainkan perlu mencari tempat menginap. Setelah puas berpusing-pusing maka kami telah memilih sebuah hotel yang hampir dengan 'Pasar Payang' yang menjadi sasaran untuk kami lawati. Bukannya apa untuk memudahkan kami bershopping nanti .......