Thursday, November 15, 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 1 Muharam

Alhamduillah, setelah sekian lama tak menulis, memang memerlukan semangat yang kental untuk bersiaran semula. Lama benar tak menulis d blog ini. Terlalu banyak peristiwa yang tidak dapat di'share'kan bersama pengunjung sepanjang cuti dalam berblogging ini. Banyak kenangan pahit dari manis nyer yang dapat dirasai.
 
Bermula dari ayahnda tercinta kembali ke rahmatuallah (Hari Jumaat tahun 2010) diselangi pulak kekanda sulung Siti Fatimah menyusul setahun selepas itu (Ramadhan 2011), 5 bulan menyusul pula anak saudara dari kakanda sulung pula meninggal dunia akibat kemalangan, dan yang masih aku terasa rindu nyer pada setiap hari adalah bonda tercinta meninggalkan kami (Khamis 2012 seminggu lagi menyambut Bulan Ramadhan) sekeluarga.... Oh makkk... rindu nyer .. Alfatihah.... semoga mak bersemadi dengan tenang di samping ayahnda di alam sana...... Arwah mak meninggal benar2 meninggalkan kesan yang teramat sangat dihatiku... Baru sebentar tadi aku menatap kembali gambar kenangan bersama mak semasa percutian kami di Melaka setahun yang lepas.... Hari raya tahun ini kurang memberikan erti pada kami adik beradik aku tak pasti tapi bagi kami yanag rapat dengan arwah mak amat terasa sekali. Apa yang dapat dilakukan hanyalah mengunjung pusara nya di hari raya..... Deraian air mata tak dapat di tahan lagi.... Hanya doa yang dapat kami berikan padanya...
 
Demi anak2 tercinta maka kugagahkan diri untuk bergembira jua. Nanti ku titipkan foto kenangan semasa Aidilfitri yang lalu...
 
Akhir sekali diucapkan Salam Maal Hijrah semoga tahun baru ini membawa sinar baru kepada kami sekeluarga.

Friday, March 30, 2012

SAJA NAK CHECK KAWASAN

Tetiba jea terasa nak check visitors. Sama tak ngan geovisit. Figure setakat 31 Mac 2012 sama dengan jumlah yang masih agak kecil iaitu 929. Tapi tak sangka kan memang dunia tanpa sempadan. Ghupa nyer ada gak di luar sana (over the Msian) yang view gak my blog. Shuke sangat. K past nie akan lebih rajin 4 update n wat share.

Hai memanglah jauh panggang dengan api kalau nak dibandingkan ngan REDMUMMY or HANIS ZALIKA yang cun melecun tuh.... tapi demo 2 mentor aqu. Maju ke hadapan.

Nak tengok tak statistik my visitors. Nah tengok la kan?


Sapa sangka kan????

Thursday, March 29, 2012

KENA JAGA KESIHATAN

Sejak akhir-akhir nie ksihatan agak kurang baik So untuk semua pengunjung jagalah kesihatan anda. Mencegah lebih baik dari mengubati. betul tak? Betul..... Minggu nie jea dah 2 kali pi jumpa doktor. Batuk, demam, n selsema makin teruk hingga lah mlm tadi doktor bagi antibiotik yang agak kuat ckit. Agak nyer antibodi dah semakin kurang kot.. Apa puncanya ekk. kena wat research nih... pengajaran..

Monday, March 19, 2012

Kelebihan Air Mata

Berapa kerap anda menangis? Bertahun-tahun sekali? Setahun sekali? Sebulan sekali? Seminggu sekali? Sehari sekali? Berkali-kali sehari? Mari kita lihat kelebihan air mata orang yang menangis, 1. Membantu penglihatan Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur. 2. Membunuh bakteria Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria. 3. Meningkatkan mood Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata. 4. Mengeluarkan racun Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata. 5. Mengurangkan tekanan Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi. 6. Mengenal erti sosial Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi. 7. Melegakan perasaan Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu. Lepas ni kalau nak menangis jangan segan-segan lagi. Tetapi menangis kerana Allah jangan dilupa juga ya wahai kawan-kawan sekalian. Kredit kepada ezany-kun.com

Tuesday, March 6, 2012

Siti Nurhaliza Biography-On History Channel FULL version

Tetiba layan tengok Siti Nurhaliza Biography... Terharu gak... Siapa kata budak kampung tak bleh berJAYA !1! Respect CT...

Sunday, March 4, 2012

::..PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA..::

Asas 5 jari
Jari telunjuk
...: usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA —


::..PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA..::



Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus

 Jari tengah : Jantung

 Jari Manis : Imuniti

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya  badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh  menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system  dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking  kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn  masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab  itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau  lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami  masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada  urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

 Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,

 sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau  tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya  kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari  anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna  anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna  putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang  sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..








MEMORI 2011

Beberapa pic yang tak sempat di'share' dengan teman-teman namun ianya merupakan kenangan yg mengusik jiwa..... hehehhe

Thursday, March 1, 2012

BAGAIMANA NAK KIRA TAHUN LOMPAT

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Wah formal nampak.... HEHEHE. belum terlewat rasa nyer nk share info BERKAITAN TAHUN LOMPAT.... Ingat bukan nyer terlompat2 macam beruk mak yeh.. Eh bagi laluan ckit. past nie kena shhare plak kot mcmana boleh dipanggil mak yeh....

Apa yang membuatkan tahun 2012 lain sedikit salah 1nyer adalah tahun nie merupakan tahun lompat. Salah seorang kakak kesayanganku juga dapat lah sambut besdaynya tahun nie... kesian dia. 4 tahun sekali baru dapat sambut. 2 yang awet muda. Apa tak nyer orang sambut besday tambah umur lagi. Dia tak tambah2 tapi sekali tambah plus 4 trus...kalau lah aku yang kena sambut besday dalam tahun lompat nie mesti wat pesta besar-besaran. bOLEH GITU?.....

Ok back 2 the topic....sebenarya aku sendiri dah lupa dan dari tinjauan yang telah dibuat... maka tahu lah aku bahawa bagi pengiraan tahun lompat,  tahun itu mestilah boleh dibahagi dengan angka 4. Senang nor... kan..Dalam perubahan yang diperkenalkan melalui takwim Gregorian, sesuatu tahun lompat itu hanya dikira jika sama ada boleh dibahagi dengan 400.

Oleh itu, setiap tahun yang boleh dibahagi dengan 4 ialah tahun lompat melainkan jika boleh dibahagi dengan 100 dan tidak dengan 400.

Ini menjadikan tahun-tahun 1600 dan 2000 sebagai tahun lompat tetapi tidak demikian bagi tahun-tahun 1700, 1800, 1900 dan 2100.

Hari pertama tahun baru ditetapkan pada 1 Januari setiap tahun.

Hari bagi tahun lompat ditetapkan pada 29 Februari.

Penggunaan takwim berkenaantersebar serta-merta ke negara Roman Katolik seperti Sepanyol, Itali, Portugal, Poland, Perancis dan Luxembourg dan secara berperingkat digunakan di negara seperti Jerman, Belgium, Switzerland, Belanda dan Hungary.

Britain hanya menggunakan takwim ini dalam tahun 1752 dengan perubahan pada tarikh dilakukan pada Khamis 14 September 1752 (tarikh ini ditukarkan daripada 2 September 1752). Koloni British di seluruh dunia, termasuk Tanah Melayu, sekarang tentulah Malaysia tanah airku...turut melakukan perubahan itu.

Ok se u tomorrow dengan post yang lebih menarik...Sharing is caring......



Wednesday, February 29, 2012

SIAPA MALAIKAT ITU........

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

  • Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
  • Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

  • Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

  • Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

  • Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
  • Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Ya, Allah berikan lah aku banyak kesabaran dalam mendidik anak-anakku......
Sharing is Caring

Sekian, semoga dapat sikit sebanyak manfaat daripada coretan ini lama dah dapat & maaf kalau terlupa kena ayat yang biasa spt "kredit diberikan sepatutnya kepada  .......... (Maaf terlupa rekod plak)

Monday, February 27, 2012

KASIH SEORANG MAMA

Hari Isnin. Masing-masing dengan mood  yang berbeza2 dalam suasana yang berbagai situasi. Bagi diriku sendiri semangat perlu disemat semenjak petang Ahad lagi. Bukan apa takut semangat pergi ke office hilang bersama dengan lelah yang tak berkesudahan selagi hayat dikandung badan. Aku redha dengan semua ini, apa yang penting semua ini merupakan tanggungjawab yang wajib ditunaikan.

Sekiranya dulu tanggungjawab ini ibubapa kita yang melaksanakan tanggungjawabnya dengan amanah sehingga ke akhir hayat (ayahku telah meninggal dunia 2 tahun yang lepas) kini giliranku pula cuba menunaikan amanah Allah ini pula.

Leka dengan tugasan pejabat tak sedar jam 5.30 telah tiba. Aku cuba bergegas pulang ke rumah seperti biasa cuma, SEMANGAT datang tiba-tiba. Sepanjag perjalanan pulang ke rumah yang mengambil masa lebih kurang 35 minit terdetik dalam fikiranku apa 'RESEPI' untuk keluarga pada hari ini.



RESEPI MAKAN MALAM " NASI AYAM "



Beras (aku guna 4 cawan - beras wangi lagenda)
Ayam 1/2 ekor (1/2 airnya aku guna utk masak nasi & 1/2 lagi wat kuah sup)
Timun 1 biji
Tomato size besar 2 biji
Daun saderi - utk sup
Daun Salad -
Mentega - utk tumis
Bawang Putih
Bawang Merah
Bunga Lawang

Masa menghidang aku sempat menghias dengan penuh SEMANGAT.

Hasilnya : Hidangan nasi ayam ku hari ini licin selicin-licinnya..... THANK YOU MAMA.........
YOU RE WELCOME.............

Sayang gambar nasi ayamku  tak sempat  diambil coz semua dah excited nak makan..... tapi ilustrasi ini aku dapatkan daripada carian image Yahoo.
Kredit kepada ''anazra.blogspot.com'


http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=5107_19_1_72

Thursday, February 23, 2012

ADUH LETIH NYER

Mengapa dan apa yang terjadi nih.. Dah penah tak upload lagi. pening nih

BERSERAH KEPADA ALLAH..

Setiap yang bermula pasti ada akhir nya..

Namun dari apa yang berlaku yang dapat aku "share' dan pengajaran yang dapat dibuat adalah "Sekiranya Setiap sesuatu permulaan itu sekiranya ianya baik dan berjalan dengan baik/lancar pasti di akhirnya nanti atau penamatnya nanti juga Insyaallah akan baik juga. begitulah sebaliknya".

Anda boleh fikir-fikirkan kebenarannya perkara ini. Mungkin ada pengalaman manis yang pernah berlaku...atau sebaliknya juga. M

ungkin pengalaman pertama kali semasa anda di'interview ' misal nyer... cer ingatt... Selalunya la... kebiasaan ya la... boleh chek pada diri sendiri dulu. betoi ke tidak...

Monday, February 20, 2012

STATUS Glitterati

Glitterati..... BUKANNYER Geligeleman tau..... Good news..... 4me. Akhirnya... status nih aku dapat.. Satu permulaan yang baik....

Sunday, February 19, 2012

SALAM 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Buat semua pengunjung kesayanganku....Salam ke udara kembali.....

Saat aku memulakan tulisan pada kali ini telah 51 hari telah berlalu pada tahun 2012. Ya Allah syukur Ahhamdulillah aku masih bernafas lagi sambil dikelilingi orang-orang yang tersayang.Semua nyer berjalan dengan lancar walaupun ada kalanya aku tersesak nafas dek karenah anak-anak tersayang yang makin membersar......


Aku memerlukan semangat waja dlm ber''bloging'' nih. Walaupun hampir 6 bulan menyepikan diri aku bukannyer membutakan mata sebaliknya mencari kekuatan diri dan idea-idea yang lebih baik.

Hah!!! the laters aku baru 2 hari membeli note book terbaru. Memang dah lama nak beli tapi tak de masa utk buat servey. So pada PC Fair 17-19 Februari nih akupun rebut dan intai peluang cari note book yang sesuai. Pening gak...... mana satu nak beli. Ikut keutamaan so aku pilih notebook.

Alhamdulillah moga pilihan ini yang terbaik buatku Amin....