Saturday, January 3, 2009

TASIK KENYIR, TERENGGANU



Gambar atas : Dareen turut berposing sebelum kami berangkat meninggalkan Tasik Kenyir


Gambar atas : Kenangan kami semasa di Tasik Kenyir sebelum meneruskan perjalanan yang selanjutnya



Gambar atas : Sedang mendakap Qistina
Gambar bawah : Pemandangan yang amat indah semasa di Tasik Kenyir







Gambar Atas : Pemandangan dari Chalet penginapan di Pulau yang terdapat di sekitar Tasik Kenyir


Gambar atas : Keindahan ciptaan Allah s.w.t

2 hari di Kuala Terengganu kami meneruskan perjalanan kami ke Cameron Highland. Agak jauh juga perjalanan kali ini. Dek kerana tidak mahu tersalah jalan maka, kami sempat bertanya kepada penduduk tempatan di Terengganu jalan yang paling dekat untuk ke Cameron Highlands. Laluan tersebut agak sunyi kerana kami perlu melalui jalan dalam. Oleh kerana kepenatan kami mengambil keputusan untuk singgah ke Tasik Kenyir. Jika sebelum ini kami memang bercadang ke Tasik Kenyir namun tidak pasti waktunya lagi, maka kami mengambil keputusan untuk tidak melepaskan peluang yang ada kerana laluan pintas yang kami lalui memang akan menemui Tasik Kenyir dahulu. So kami apa lagi terus ambil keputusan untuk singgah di Tasik Kenyir. Kami hanya tiba di Tasik Kenyir pada jam 6.30 petang. Puas mencari tempat untuk bermalam, akhirnya kami memilih untu menginap di Pulau sahaja. Dengan hati yang agak berdebar kami menempah bot untuk ke Pulau yang dituju itu. Bayangan jika orang lain biasanya menaiki bot dengan teman2 tetapi kami, bersama dengan 5 orang anak-anak kami yang masih kecil (umur diantara 1-5 tahun) selain pembantu rumah kami. Cuaca waktu itu agak suram menambahkan lagi debaran kami. Setelah selamat menaiki bot ke Pulau kami amat bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T di atas kuasanya menghindar kami dari sesuatu yang tidak diiingini. Bermalam di Tasik kenyir tidak banyak aktiviti yang kami boleh lakukan selain berjalan disekitar kawasan tempat kami menginap selain kekurangan masa untuk menijau kawasan dengan lebih lanjut. Kami malam itu selepas solat Isyak terus kami tidur awal memandangkan esok perlu bangun awal untuk meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment