Monday, February 27, 2012

KASIH SEORANG MAMA

Hari Isnin. Masing-masing dengan mood  yang berbeza2 dalam suasana yang berbagai situasi. Bagi diriku sendiri semangat perlu disemat semenjak petang Ahad lagi. Bukan apa takut semangat pergi ke office hilang bersama dengan lelah yang tak berkesudahan selagi hayat dikandung badan. Aku redha dengan semua ini, apa yang penting semua ini merupakan tanggungjawab yang wajib ditunaikan.

Sekiranya dulu tanggungjawab ini ibubapa kita yang melaksanakan tanggungjawabnya dengan amanah sehingga ke akhir hayat (ayahku telah meninggal dunia 2 tahun yang lepas) kini giliranku pula cuba menunaikan amanah Allah ini pula.

Leka dengan tugasan pejabat tak sedar jam 5.30 telah tiba. Aku cuba bergegas pulang ke rumah seperti biasa cuma, SEMANGAT datang tiba-tiba. Sepanjag perjalanan pulang ke rumah yang mengambil masa lebih kurang 35 minit terdetik dalam fikiranku apa 'RESEPI' untuk keluarga pada hari ini.



RESEPI MAKAN MALAM " NASI AYAM "



Beras (aku guna 4 cawan - beras wangi lagenda)
Ayam 1/2 ekor (1/2 airnya aku guna utk masak nasi & 1/2 lagi wat kuah sup)
Timun 1 biji
Tomato size besar 2 biji
Daun saderi - utk sup
Daun Salad -
Mentega - utk tumis
Bawang Putih
Bawang Merah
Bunga Lawang

Masa menghidang aku sempat menghias dengan penuh SEMANGAT.

Hasilnya : Hidangan nasi ayam ku hari ini licin selicin-licinnya..... THANK YOU MAMA.........
YOU RE WELCOME.............

Sayang gambar nasi ayamku  tak sempat  diambil coz semua dah excited nak makan..... tapi ilustrasi ini aku dapatkan daripada carian image Yahoo.
Kredit kepada ''anazra.blogspot.com'


http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=5107_19_1_72

No comments:

Post a Comment