Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Lamer bebenor tak update .... Dah masuk bulan ke 2 dalam tahun 2014..Ini bermakna sepanjang 2013 x ada langsung wat post..
HERMMM!!!!!!!! 2013.....Summery of this year.....Suka....aku dah tak ingat... serius.... DUKA......huh!!!............Masih tersemat.....dlm hati Allah sahaja yang maha mengetahui dan banyak hikmah dari NYA...... biarlah itu semua rahsia Allah... MALASSSS nk kenang!!!
Hopefully 2014 menjadi pemangkin untuk kecemerlangan diri dan keluarga...... Tersemat azam yang tinggi setinggi bukit Tursina. Mahu menjadi hamba yang lebih baik walau tak standing Siti Khadijah namun dialah idola setiap muslimah...Berani menghadapi dugaan walaupun berseorangan kerana Allah sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaaan berbanding manusia hanya memerlukan kita mengikut sesedap rasa....hahaha .
2014 juga permulaan bagi sesuatu pengakhiran dan pengakhiran bagi sesuatu permulaan (ini aku jerk yang faham sendiri...dan semestinya Allah lebih mengetahuinya)
Thursday, February 6, 2014
Thursday, November 15, 2012
Selamat Menyambut Tahun Baru 1 Muharam
Alhamduillah, setelah sekian lama tak menulis, memang memerlukan semangat yang kental untuk bersiaran semula.
Lama benar tak menulis d blog ini. Terlalu banyak peristiwa yang tidak dapat di'share'kan bersama pengunjung sepanjang cuti dalam berblogging ini. Banyak kenangan pahit dari manis nyer yang dapat dirasai.
Bermula dari ayahnda tercinta kembali ke rahmatuallah (Hari Jumaat tahun 2010) diselangi pulak kekanda sulung Siti Fatimah menyusul setahun selepas itu (Ramadhan 2011), 5 bulan menyusul pula anak saudara dari kakanda sulung pula meninggal dunia akibat kemalangan, dan yang masih aku terasa rindu nyer pada setiap hari adalah bonda tercinta meninggalkan kami (Khamis 2012 seminggu lagi menyambut Bulan Ramadhan) sekeluarga.... Oh makkk... rindu nyer .. Alfatihah.... semoga mak bersemadi dengan tenang di samping ayahnda di alam sana......
Arwah mak meninggal benar2 meninggalkan kesan yang teramat sangat dihatiku... Baru sebentar tadi aku menatap kembali gambar kenangan bersama mak semasa percutian kami di Melaka setahun yang lepas....
Hari raya tahun ini kurang memberikan erti pada kami adik beradik aku tak pasti tapi bagi kami yanag rapat dengan arwah mak amat terasa sekali. Apa yang dapat dilakukan hanyalah mengunjung pusara nya di hari raya.....
Deraian air mata tak dapat di tahan lagi.... Hanya doa yang dapat kami berikan padanya...
Demi anak2 tercinta maka kugagahkan diri untuk bergembira jua.
Nanti ku titipkan foto kenangan semasa Aidilfitri yang lalu...
Akhir sekali diucapkan Salam Maal Hijrah semoga tahun baru ini membawa sinar baru kepada kami sekeluarga.
Friday, March 30, 2012
SAJA NAK CHECK KAWASAN
Tetiba jea terasa nak check visitors. Sama tak ngan geovisit. Figure setakat 31 Mac 2012 sama dengan jumlah yang masih agak kecil iaitu 929. Tapi tak sangka kan memang dunia tanpa sempadan. Ghupa nyer ada gak di luar sana (over the Msian) yang view gak my blog. Shuke sangat. K past nie akan lebih rajin 4 update n wat share.
Hai memanglah jauh panggang dengan api kalau nak dibandingkan ngan REDMUMMY or HANIS ZALIKA yang cun melecun tuh.... tapi demo 2 mentor aqu. Maju ke hadapan.
Nak tengok tak statistik my visitors. Nah tengok la kan?
Sapa sangka kan????
Thursday, March 29, 2012
KENA JAGA KESIHATAN
Sejak akhir-akhir nie ksihatan agak kurang baik So untuk semua pengunjung jagalah kesihatan anda. Mencegah lebih baik dari mengubati. betul tak? Betul.....
Minggu nie jea dah 2 kali pi jumpa doktor. Batuk, demam, n selsema makin teruk hingga lah mlm tadi doktor bagi antibiotik yang agak kuat ckit. Agak nyer antibodi dah semakin kurang kot.. Apa puncanya ekk. kena wat research nih... pengajaran..
Tuesday, March 20, 2012
Monday, March 19, 2012
Kelebihan Air Mata
Berapa kerap anda menangis? Bertahun-tahun sekali? Setahun sekali? Sebulan sekali? Seminggu sekali? Sehari sekali? Berkali-kali sehari?
Mari kita lihat kelebihan air mata orang yang menangis,
1. Membantu penglihatan
Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.
5. Mengurangkan tekanan
Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.
6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.
Lepas ni kalau nak menangis jangan segan-segan lagi. Tetapi menangis kerana Allah jangan dilupa juga ya wahai kawan-kawan sekalian.
Kredit kepada ezany-kun.com
Tuesday, March 6, 2012
Siti Nurhaliza Biography-On History Channel FULL version
Tetiba layan tengok Siti Nurhaliza Biography... Terharu gak... Siapa kata budak kampung tak bleh berJAYA !1! Respect CT...
Subscribe to:
Posts (Atom)
